TUGAS YANG PALING STRESS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Antara banyak tugas yang cheq buat, jadi pencatit minit la yang paling cheq stress. Nak pulak mesyuarat melibatkan orang-orang besaq ni, lagi la kalut di buatnya. Nak kena bukak luas-luas telinga ni, kena alert dan pandai ambik point ja. 

Bukan calang-calang orang dapat duk kat sini.
 Bab nak ambik point-point yang penting tu belum stress lagi. Yang paling stress nak taip balik apa yang cheq tulis. Disebabkan trengkas cheq tu memang seringkas-ringkasnya, jadi cheq sendiri pun tak paham apa yang cheq tulis.

Macam mesyuarat kelmarin (Jumaat), nama cheq naik jadi pencatit minit. (hanya insan bertuah ja yang terpilih ni). Mulanya memang ada seorang penolong catit minit ni. Sampai ke minit-minit terakhir pun dia tak sampai lagi. Urusetia call pun tak dapat. It's okay for me.



Tulisan buruk, tuan punya pun tak reti baca.


Tapi yang membuatkan cheq bertambah stress, adalah disebabkan mesyuarat tu adalah dari peringkat negeri, hanya dibuat di daerah cheq saja. Sepatutnya depa dah bawa pakej sekali dengan pencatit minit. Bila dah bos cheq ajukan masalah ni, barulah sebulat suara setuju pencatit minit adalah dari peringkat negeri punya dan dikuatkuasakan pada mesyuarat akan depan. Kiranya cheq ni ,mangsa keadaan dan terpaksa redha serta pasrah.

Sebenarnya coretan ni dibuat setelah cheq stress duk menaip minit mesyuarat yang entah bila nak habis ni. Rupanya boleh release tension jugak bila membaca dan mengupdate blog. Hehehe... 


~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

11 comments:

  1. pernah beberapa kali jadi pencatit minit.handphone kena standby utk rekod segala maklumat tapi yang stressnya bila, isu mesyuarat yg lepas tak di ulas ikut turutan dan kadang2 kata putus apa tindakan yang perlu tak jelas sebab suara yg bercakap tenggelam timbul...adeiihhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, disebabkan ada kesalahan pada minit yang lepas, kita plak dibebelnya. Hehehe...kita tulis apa yang kits dengan ja

      Delete
  2. Zaman aida jadi pencatit minit da abis, ann.
    nyampah.
    adoihai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...bertuah sangat bila nama naik jadi pencatit minit ni. Nak plak semua dato-dato yang meeting. Klau meeting biasa, selalunya KTA ja yang ambik.

      Delete
  3. HAHHAHAHA , takpe masa itu emas kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....tidur malam pun tak Lena selagi tak siap minit ni.

      Delete
    2. Hihihi....tidur malam pun tak Lena selagi tak siap minit ni.

      Delete
  4. Tugas yang mencabar sbb kena fokus betul-betul..

    ReplyDelete
  5. bonus jadi pencatit minit ialah bila orang tu laju menaip. kadang2 tulisan memang laju sampai tak faham apa, sy ambil nota masa kelas pun rasa tak faham apa sy sendiri tulis. kalau minit mesyuarat tak perlu hantar on the spot, boleh try rekod audio nanti boleh dengar balik

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. wow! tugasan yang rumit pada saya. bukan calang-calang orang boleh jadi pencatit minit mesyuarat ni.. tahniah! 👍👍☺️☺️

    ReplyDelete
  7. sama laa Eyda selalu jadi mangsa untuk jadi pencatit minit untuk mesyuarat kat opis nih.. kekadang boleh tension sorang2.. minggu lepas dah settle minit mesyuarat, sampai hari nih, bos tak semak2 lagi.. tension aihh nanti lambat edar, kita plak yang disalahkan..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.