DuGaAn BeRgAnDa Di BuLaN RaMaDhAn

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak hari jumaat lagi si adik demam. 
Dah bawak ke klinik pun.
Tapi still demamnya on off.
Semalam si baby pulak yang demam.
Langsung cheq takleh bergerak, meregek sepanjang masa.
Dah 2 malam cheq dengan baby masuk tidur pukul 3, 4 pagi.



Sekali lagi bawak kedua-duanya ke klinik.
Doktor kata ' no denggi'.
Tarik nafas kejap tapi belum reda kersahan hati ni.
Selagi diaorang tak sembuh betul-betul.
Nasib baik la ada cik husband.
Daripada siapkan juadah berbuka puasa sampailah juadah bersahur semuanya dia sediakan.

Kuatlah adik, kuatlah baby..
Semoga adik dan baby sembuh seperti sediakala.
Mama nak tengok adik dan baby bermain bersama, bergaduh bersama 

BaiKnYa HaTi AwAk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Entah kenapa tiba-tiba plak dia begitu bermurah hati ni.
Kalau sebelum ni cukup payah nak bagi cheq satu iklan pun.
Mungkin bulan puasa ni, nak tambah pahala.
Dan kita pun bolehlah tambah-tambahkan duit kita..
Hehehe

Terima kasih cik nuffnang.
Sebelum ni cheq duk baca entri kengkawan pasal nuffnang ni.
Sekali cheq bukak nuffnang, cheq pun ada jugak.
Ko hadoo???... tentulah aku pun hadoo




CPUV ON GOING :-
Panadol - Superhero Parent
Perfecto Popcorn - Launcher
Umobile Blogger Ambassador *new
Nando's Sedap Sangat Ke *new
Resort World Sentosa *new
Oldtown White Coffee *new
Shell Helix 'Love My Engine' *new


Terima kasih pada yang sudi singgah klik-klik nuffnang cheq ni.


MeMcAri TuAnnYa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, baru ja selesai poskan hadiah-hadiah untuk pemenang segmen cheq.
Selagi tak poskan, selagi tu la cheq tak senang duduk.
Tengahari tadi cheq dapat alamat terakhir dari pemenang cheq.
Terus cheq siap-siapkan hadiah ke dalam sampul.
Dan petang ni dah masuk dalam tong merah.
Esok, insyaallah sampul-sampul ni akan terbang mencari tuannya.




Diharapkan para pemenang semua bersabar menanti kehadiran hadiah yang tak seberapa ni.
Kalau dah dapat nanti, calling-callinglah cheq bagitau hadiah dah sampai.
Kut-kut ada rosak ke, bolehlah cheq gantikan.

Terima kasih sudi join segmen kecik cinonet cheq ni dan tahniah kepada semua pemenang.

MeNgAmiT MeMoRi : BeRtuKaR-TuKaR JuAdAh Di BuLaN PuASa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lega sikit rasanya bila berpuasa di tempat kerja ni.
Hanya fokus untuk buat kerja ja, tak pikir benda lain dah.
Bila duk kat rumah, kenalah plak masak untuk anak-anak kecik yang tak puasa tu.
Dugaannnnn....

Cheq bukannya nak cerita pasal tu.
Cheq nak imbas balik moment-moment terindah berpuasa di kampung dulu.
Mengamit memori di bulan puasa yang paling cheq ingat sangat adalah bertukar-tukar juadah.
Cheq ni walaupun nama duk kampung tapi rumah antara satu sama lain tu jauh.
Cuma rumah makndak ja ada sebuah kat belakang rumah.
Petang-petang kami adik-beradik akan tolak-menolak untuk hantar kuih rumah makndak.
Malu kut-kut makndak tak balas balik kuih tu ataupun bagi pinggan kosong.
Heheehehe..
Tapi makndak ni tetap balas, kalau takdak kuih dia akan bagi buah ke..
Cheq time tu budak-budak memang syok kalau dapat balasan balik.
Walaupun kadang-kadang balasan tu kuih yang sama dengan emak cheq buat.




Zaman sekarang tak tahulah ada tak lagi rutin macam ni.
Macam cheq ni memang tak lah nak buat. 
Tinggal kat apartment, dah tu sorang-sorang kat tingkat 4 ni. 
Mana ada jiran kiri-kanan.

Puasa sekarang ni pun dah tak seronok macam puasa dulu-dulu lagi.
Kalau dulu time nak tunggu berbuka, masing-masing dah bersila hadap hidangan.
Sekarang ni sempat lagi tengok tv, main game.
Semakin lama, semakin lupus keseronokan berpuasa.
Seronoknya cuma bulan puasa ada banyak jenis pelbagai makanan.

GA CINTAN CINTUN by CIKNA

jom kita join ramai-ramai

Hadiah-hadiahnye ;-
10 x bloglist bride2be 15/16 selama setahun(selagi korang follow blog ni)
10 x bloglist (boy+girl) selama setahun(selagi korang follow blog ni)
3 x bookmark lovely theme (boleh request nak bagi kat siapa)
1 x kad raya home made (Raya Haji)
1 x sampul raya home made (Raya Haji)
klik banner untuk join

Syarat2nye pun cukup mudah ;-
1) Terbuka kepada semua & wajib follow blog Cikna136.
2) Buat N3 bertajuk "GA CINTAN CINTUN by CIKNA" & backlinkan
3) Letakkan link kat komen
4) Tarikh Dari 24/6/2015 - 25/7/2015

Raya Giveaway by Erza

jom join giveaway raya by Erza ;)
CLICK BANNER TO JOIN


1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet

3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!




5 langkah mudah sahaja !!!


Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

TeRiMa KaSiH : HaDiAh DaN HaDiAh LaGi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, banyak jugak rezeki cheq di bulan Ramadhan ni.
Petang semalam cheq terima 3 sampul surat sekaligus.
Of course la, bila dah terima tu, tak sabar-sabar nak buka kannn...

Sampul yang pertama ni cheq dapat dari akak Kathy Rbain iaitu admin kepada Grup Mama Bloggers Malaysia (GMBM). Kenapa cheq dapat semua ni, cheq bukannya pemenang pun untuk giveaway yang GBMB anjur tu???
Kak Kathy beri kepada semua penaja atau sponsor yang telah menyediakan hadiah untuk giveaway tersebut. Semuanya dapat sijil penghargaan, button badge dan kad raya pertama cheq untuk tahun ni.
Terima kasih kak Kathy dan tahniah kepada semua penaja. Alhamdulillah, kita berjaya jugak melancarkan GA kita ni dengan jayanya.



Sampul yang kedua ni cheq dapat sebabnya cheq menjadi salah seorang pemenang untuk Giveaway By Kameq Deanna
Jeng, jeng, jeng...tengok apa yang cheq dapat ni. Ia adalah majalah Time. Lama benar cheq tak baca majalah-majalah macam ni. Dulu suka baca majalah Time dan juga Readers Digest, tapi sejak busy dengan kerja ni memang dah lupa nak membelinya.
Kalau dulu baca majalah omputih, sebelah tangan lagi pegang kamus. Sekarang ni dah senang pegang phone ja, tak paham boleh buat google translate..hehehe
Terim kasih Kameq Deanna..



Sampul ketiga ni datangnya dari blogger kita yang bernama Azlinda Alin.
Dapat kad raya yang ke dua untuk tahun ni. Yang bestnnya, tua-tua gini pun dapat duitraya lagi.
Sebenarnya cheq dapat ni sebab cheq join GIveaway Jun 2015 Oleh Bicara Mummy  yang dianjurkan oleh sis Azlinda kita ni dan cheq menjadi salah seorang pemenangnya.
Hadiah sebenarnya cheq belum dapat lagi.
Terima kasih Azlinda.




Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

IFtaR DaY 8

السَّلاَمُ عَلَيْكم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke 8 umat Islam berpuasa.
Bagi kaum-kaum ibu mungkin dah ada kekeringan idea untuk memasak buat berbuka.
Samalah dengan cheq ni, dah tak tau nak masak apa dah.
Pergi bazar ramadhan pun tak tahu nak beli apa.
So, harini cheq masak seringkas-ringkasnya.


Salad telur sebelum dicurahkan dengan sos cili.


Sayur taugeh tumis dengan tauhu.


Daging goreng masak asam.


Memang cheq tak masak banyak pun.
Sekadar semangkuk sejenis lauk.
Itupun susah nak habiskan.
Cukuplah untuk kami 5 beranak nak makan.


WoRdLeSs WeDnEsDaY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dah 2 hari menjadi sahabat sejati cheq.
Hadoiiii...



HaDiAh : TeRiMa KaSiH ScHa NaZri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Gembiranya... terkezut lagi cheq bila dapat parcel petang semalam. Bila dah buka parcel ni nampak beg clutch yang comel ni. Memang cheq betul-betul dah terlupa yang cheq menang Giveaway dari Scha Nazri ni.




Alhamdulillah, tak payah beli beg untuk raya dah. Duit raya anak-anak kena simpan dalam beg yang comel ni. Budak-budak tak reti guna duit kan..




Terima kasih Scha, memang comel sangat beg ni. 
Inilah kali pertama cheq memiliki clutch beg ni.

ToDaY's ReAliTy

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hayatilah dan fikirkanlah










Instagram @filmgyan

Credits : Ultimate Designs

PeMeNaNg UnTuK SeGMeN TeKa DaN MeNaNg

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tamatlah sudah segmen ni.





JUMLAH :-
RM126.75

Terima kasih kepada sudi join segmen ni. 
Nampaknya tiada yang dapat memberikan jumlah yang tepat. 
Tapi ada ramai yang bagi jawapan-jawapan yang dekat-dekat dah.
So, saya pilih 5 orang pemenang yang bertuah
Inilah pemenangnya :-
|
|
|
|
|
|
|
\/

Cik Ash
Normi Nieza
Diary Ibu Zarith
Sha Purplegirl
Amanda Suria


Kepada semua pemenang diatas, hantarkan detail anda ke email saya norihan.ny@gmail.com untuk penghantaran hadiah anda.

PeNgUbaT RiNdU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Semalam adik cheq ada wassap cheq bagitau dia rindu arwah adik kami. Cheq apalagi, air mata terus bercucuran. Tahun ni masuk tahun keempat kami berpuasa dan akan beraya tanpa arwah. Adik cheq dan arwah ni memang rapat, bertahun diaorang tinggal berdua dengan emak dan ayah. Teman bergaduh dan bersuka ria. Dia lagilah terasa kehilangan tu. 




Yang paling sedih sangat tu, time adik cheq wassap cheq tu, cheq tengah lipat kain baju. Baru je lipatkan tuala arwah yang cheq ambil guna selepas kematiannya. Kain tuala tu la emak gunakan untuk lap darah yang keluar dari hidung dan telinga arwah kat hospital. Cheq ambil untuk simpan sebagai kenangan. Kesan darah kat tuala ni pun macam tak mau hilang, masih ada bekas-bekasnya walaupun dan lebih empat tahun cheq guna tuala ni. Bila tiba rasa rindu tu, cheq akan cium-cium tuala ni.

Dah tak menaip lagi. Air mata dah bercucuran. Skrin laptop pun nampak kabur ja.


HaDiAh : TeRiMa KaSiH SaLLy SaMSaiMaN DaN EyMaSu CrAfT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, rezeki di bulan Jun. Semalam masuk ofis nampak ada parcel di celah-celah fail. Seingat cheq dah lama cheq tak beli online. Cheq pun dah tak ingat cheq ada menang apa-apa hadiah dari giveaway blog ke. Gembira???.. memang la gembira bila dapat bungkusan hadiah ni.




Tak kiranya datang dari mana pun, asalkan kat luar parcel tu nama cheq. Kat luar tu ada tertulis barangnya adalah dress. Lagi la cheq tak sabar nak buka.





Tarraaaa......cheq dapat dress dari Sally Samsaiman untuk I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl.
Memang sesuai sangat cheq dapat dress ni. Boleh dipakai hariraya sebab baju raya cheq memang tukang buat baju taknak ambik buat dah. Itulah jadinya bila asyik tangguh-tangguh nak bawak kain pergi kedai jahit. Nasib baik ada dress yang cantik ni. Cantik sangat.





Ini pulak hadiah dari Eymasu Craft untuk Segmen Ucapan Hari Lahir Buat Si Lala yang cheq menang. 
Sekali dapat 3 pin tudung yang comel-comel tu. Nanti raya pakai tudung lilit-lilit boleh semat dengan pin yang comel ni.

Terima kasih, arigato, syukran, toche..

TeRiMa KaSiH CiK MiMiE

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dah nak sampai ke penghujung bulan Jun, baru la nak buat entri penghargaan khas untuk Cik Mimie ni. Ni pun sebabnya cheq baru terjah blog Cik Mimie dan ternampak entri ni. Cik Mimie yang sentiasa rajin mereka sijil-sijil comel untuk top commentar di blog dia.

Alhamdulillah, setakat sekarang ni cheq memang tak pernah miss dapat sijil-sijil comel ni. Bukannya cheq ke blog dia hanya untuk dapat sijil ni tapi cheq memang suka dengan cara penulisan dan cerita-cerita Cik Mimie (bukan bodek ni). Cik Mimie pun sentiasa ja terjah blog cheq.



comel kan?? mana la Cik Mimie ni dapat idea nak buat comel gini





Inilah satu-satunya blog yang cheq masuk dalam top komentarnya. Bulan lepas memang tak produktif dalam memberi komen ni sebab busy sangat. Insyaallah bulan ni cheq bangun semula.

PeNyAkiT BeRkAiTaN BeRaT BeRLeBiHaN

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



SAKIT JANTUNG

Sekiranya BMI badan meningkat, risiko penyakit jantung juga akan meningkat. Penyakit ini tersenarai sebagai penyakit nombor 1 di dunia.
6,000 kematian tahunan akibat sakit jantung


KENCING MANIS

Kencing manis atau diabetes adalah penyakit bilamana paras glukosa dalam darah tinggi. Diabetes jenis kedua terjadi apabila penghasilan insulin yang berkurangan. Kebanyakan pesakit diabetes mempunyai berat badan berlebihan.
2,100,00 menghidap kencing manis/diabetes.


KANSER

Berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko anda untuk kanser usus, payudara, rahim dan pundi kencing.
40,000 kes kanser baru setiap tahun


DARAH TINGGI

Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan badan dalam pelbagai cara. Kebarangkalian anda menghidapi tekanan darah tinggi adalah besar sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan.

------------------------------------------------------------------------------------------


Bila cheq dapat pamplet ni dan cheq hayati membacanya. Hati ni timbul risau sebabnya family cheq memang badan besar-besar semuanya. Daripada tok, emak sampailah ke kami adik-beradik ni. Tok ngan emak memang ada darah tinggi. Kakak sulung pun dah mula makan ubat darah tinggi sebab tekanan darah dia memang dah atas pagar ja. 

Ayah cheq pulak ada kencing manis. Bila time gula ayah terlampau tinggi atai rendah, memang dia lemah sangat. Hari kenduri haritu, maybe ayah rasa badan dia lemah kut. Ayah terus pergi dapur makan gula dalam sudu. Lepas tu dah ok.

Nampaknya cheq kena jaga pemakanan dan sentiasa bersenam supaya berat badan ni tak naik berlebihan. Sekarang ni pun memang dah terlebih..huhuhu

SeGMeN TeKa DaN MeNaNg

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Harini terpikir pulak nak bagi hadiah kat kengkawan yang bertuah. Senang ja caranya, just teka jumlah wang syiling yang cheq tunjukkan ni.

Tak payah susah-susah nak buat entry, just tinggalkan jawapan diruang komen. Nak bagi komen banyak kali pun takpe.

Inilah duit syillingnya.

Disebabkan tabung comel cheq tu dah penuh, jadi cheq nak masukkan ke dalam akaun ja. Semuanya duit syiling ja. Ini adalah simpanan selama 6 bulan.

CLUE : lebih dari RM100 dan kurang dari RM150

3 orang pemenang yang menjawab dengan cepat dan tepat akan menerima keychain made in Kelantan setiap seorang. Kalau takde jawapan yang tepat, yang jawapannya sipi-sipi yang dijadikan pemenang. 

Segmen teka dan menang ini akan berlangsung selama 24 jam sahaja iaitu dari 20 Jun 2015 (12 tengahari) hingga 21 Jun 2015 (12 tengahari)



SELAMAT MENCUBA

notajarihalus : pemilik tabung ini pun tak tahu jumpa yang sebenarnya. last kira sebelum cuti adalah RM102++ (clue jugak ni) dan telah ditambah lagi segenggam syiling pagi tadi

DaH StArT KeRjA

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 





Setelah 2 minggu cheq cuti, harini cheq dah mula kerja. Ambik kauuu...baru start kerja dah kena kerja sampai 12 jam. Kalau ikutkan cheq akan mula kerja esok hari tapi nama cheq naik untuk jadi pegawai bertugas. Cari pengganti takde sapa yang sudi plak. Kena lah datang jugak.

Naik hairan member-member sekerja tengok cheq datang kerja siang hari di hari minggu ni. Dioarang ingatkan cheq ni mamai sebab berpuasa. Sebabnya kalau hari minggu cheq suka kerja malam, siang ni rasa panjang sangat masanya.

Macam biasa lah, masuk ofis tengok banyak fail-fail yang sedia menanti. Yang paling best ada parcel. Nanti cheq tayang apa benda dalam parcel tu ya. Dan juga nampak kegembiraan di muka-muka pegawai penyiasat cheq. Mana taknya, baru letak punggung atas kerusi, diaorang dah bawak IP diaorang untuk diminit. 

Kata mereka, pegawai lain susah sangat nak minta tolong minitkan IP dioarang ni. Tu lar korang, time cheq ada orang pun tak teringin nak belanja cheq makan, minum apa tah lagi. Bila dah takde, baru korang rasa. Menyombong tak tentu pasal. Nak ja cheq buat tak tahu tapi hati ni lembut sangat, tak sampai hati. Takpe lah, dapat pahal jugak kannn..

Bermula harini, kembalilah kepada rutin biasa dan tambah sikit rutin untuk bulan puasa ni iaitu bangun sahur.

Segmen Birthday Raya 2015 by naniena.com

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


klik banner untuk join

mangsa ditag :
Cik Mimie

hadiah :
10x pemenang Kad Raya LE
5x pemenang Bookmarks LE
(random.org)

TARIKH TUTUP : AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN

HuKuM MeLiHaT AuRaT

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهُ 





1. HARAM bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis. Lebih berat jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis.

2. DIMAAFKAN jika terlihat sekilas pandang sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua.

3.  Namun jika melihat kepada AURAT SENDIRI, IA DIMAKRUHKAN,  samaada seorang lelaki atau perempaun.

4. MAKRUH juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

5. JIKA TERPAKSA, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut. Tanpa ada mahram menemaninya.  Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, diwajibkan ada bersama mahram yag menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan sama jantina di sana.  Ketika ini , haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

EmMa MaEmBoNg KeNa HiNa TaKdE SPM

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sebelum ini Emma Maembong pernah dihina kerana tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh salah seorang individu di laman sosial. Walaubagaimanapun, buat Emma tiada siapa yang boleh menghakimi seseorang jika mereka tidak pernah berada didalam kehidupan orang yang mereka hina itu.
Emma juga pada masa yang sama tidak cepat melatah dengan kontroversi tesebut dan sudah memaafkan mereka yang membencinya itu.


Subhanallah, cantiknya ciptaan Ilahi ni

Orang boleh bercakap tentang apa sahaja tetapi hakikatnya cuma saya dan keluarga yang tahu. Saya bekerja siang dan malam, tidak cukup tidur dan sakit pening saya. Apa yang mereka tahu dan lihat, saya pakai barang mahal dan bercuti ke luar negara. Sejujurnya, saya bangga untuk memberitahu, memang saya tidak mempunyai kelulusan SPM.Tanpa SPM, saya tidak pernah meminta wang daripa orang lain.Saya boleh sara keluarga, itu sudab memadai

Tambah Emma lagi, beliau mahu kejayaan yang dikecapi oleh beliau kini menjadi satu motivasi kepada anak-anak muda yang kurang berjaya di dalam pelajaran.
 Hidup ini  tidak semestinya berakhir tanpa segulung sijil akademik. 
Apa yang penting seseorang itu harus bekerja keras demi mencapai impian mereka.Tiada segulung ijazah tidak semestinya seseorang itu tidak pandai. 
Kadang-kadang ada diantara kita yang mempunyai ijazah tetapi rakan kita yang tidak memiliki sebarang sijil akademik sudah lebih berjaya.


Inilah budak yang hina Emma tu. Entah-entah budak
ni SPM pun tak lepas lagi


Tiada SPM tidak bermakna seseorang itu tidak mempunyai akal yang lebih cerdik.
Tidak semua orang yang belajar tinggi-tinggi dapat melihat sesuatu perkara dengan lebih matang.

Sumber : Kosmo

My FiRsT InStAnT ShAwL

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Balik kampung haritu, cheq ada ikut kakak cheq pergi Nat.
Cheq ni memang tak tahan godaan bila tengok baju-baju murah ni.
Habis beratus jugak lah pagi tu.
Tapi berbaloi sebab dah siapkan beli baju raya untuk anak-anak.

Banyaknya beli untuk anak-anak ja.
Untuk cheq, dapatlah sehelai instant shawl.
Pada mulanya bukannya cheq nak beli sangat.
Cheq singgah gerai tu pun sebab kakak nak pilih tudung.
Dah tu ada seorang makcik tu nak try pakai shawl ni tapi tak reti.
Cheq lah jadi model dan jadi cikgu kat makcik ni 



Bila cheq dah try pakai tu, alih-alih tengok kakak dah tolong bayarkan.
Dah orang bagi, cheq ambik la.




Ingatkan nak pakai raya tapi baju raya pun takdak lagi.
Dah melaram shawl ni serata alam dah. 
Betapa mudahnya bersiap dengan instant shawl.
Dah tak payah nak belit-belit, nak cari pin lagi yang sentiasa hilang tu.
Nak pulak cheq yang beranak kecik ni.
Kita duk berdiri depan cermin, time tu la mintak dukung, tarik kaki.
Dengan instant shawal ni teramat mudah, just sua muka kat lubang yang disediakan.
Dan kemaskan kiri kanan sikit.
Taraaa, dah siap 



Notajarihalus : NAT adalah bahasa thailand yang bermaksud pasar.

KhAsiAt TiMuN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Timun mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, megnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Timun banyak digunakan di dalam produk kecantikan kerana khasiatnya. Ia juga berkesan utuk diamalkan  sebagai perua harian. Timun ini juga boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan. Ini adalah khasiat timun : -




1. Menghilangkan panas badan dari luar dan dalam. Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

2. Membekalkan mineral mesra kulit timun mngandungi tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.

3. Membuang toksin dari badan. Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang.

4. Masalah hidrasi badan. Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timun mengandungi 90% air.

5. Menyihatkan kuku dan rambut keajaiban silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silikadalam timun juga membantu meransang pertumbuhan rambut.

6. Khasiat timun membekalkan keperluan vitamin harian anda. Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C yang meningkatkan imun badan, memastikan anda berseri dan memberi tenaga. Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C anda.

7. Memulihkan mata. Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

8. Melawan kanser. Timun mengandungi secoisolariciresinol, larici resinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk menguranngkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

9. Menyembuhkan kencing manis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah. Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan olhe sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolestrol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

10. Menyegarkan mulut. Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah selama 1/2 minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut yang menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.




11. Membantu dalam menurunkan berat badan dan penghadaman. Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad. Boleh juga dijadikan makanan ringan, dicicah dengan yogurt rendah lemak. Mengunyah timun memberikan rahang senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk mengurangkan sembelit.

 12. Untuk kesihatan sendi, melegakan artritis dan sakit gout. Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis.

13. Menyembuhkan mabuk. Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.

14. Menjaga kesihatan buah pinggang. Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang  yang sihat bila anda selalu mengambil timun.


CPUV JuNe - On GoiNg

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lamanya cheq tak kebelek cpuv nuffnang ni. 
Sebabnya cheq merajuk dengan nuffnang, kedekut sangat nak bagi cpuv baru kat cheq.
Masuk bulan June, nampaknya ada kemajuan la jugak. 
Nampak gayanya nuffnang nak pujuk cheq la tu.
Hehehe


Moga-moga lamalah cpuv ni bertapak kat blog cheq yer.
Entah bila la nak dapat cash out dan merasa duit nuffnang ni.
Kengkawan semua bila nampak iklan cheq duk menari-nari tu, tolong-tolong la klik yer.
Bulan puasa ni kalau tolong-menolong dapat pahala berkali ganda.
Hehehe.

On going :-
Glico Pocky
Cool Tea - Product Awereness
Perfecto Popcorn - Launch

MaBuK GiVeAwAy

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 




Tetiba pulak pagini mabuk nak join giveaway.
Nampaknya bulan ni memang banyak betul giveaway yang dianjurkan.
Semoga semuanya bertambah murah rezeki dan harapnya ada rezeki cheq jugak.

Cheq pun masih dalam mood bercuti.
Pagi-pagi ni takde kerja apa nak dibuat, jadi skodeng blog la.


Pagini saja ada 5 giveaway yang cheq join.
Cikidout...sapa-sapa yang join pun boleh refer kat sini.

Raya Giveaway By Sally Samsaiman

Giveaway Ramadhan By YanieYusuf

First Giveaway By Cik Itah l ramaramapendek

Riang Ria Aidilfitri 2015 By Yaya Cendana

Giveaway Kat Raya 2015 By Kathy R'Bain & Cik Akak




GiveAway Kad Raya 2015 by Kathy R'bain & Cik Akak


http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10




∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷



♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡