Tournament Bowling Antara Jabatan

Kalau tak kerana perkataan WAJIB HADIR memang cheq takkan pergi ke tournament bowling ni. Cheq bukannya ambil bahagian pun.  Dan bukan jugak cheq tak reti main tapi bagi can kat orang-orang muda...hehehe.

Cheq jarang keluar malam tanpa ditemani cik husband dan anak-anak kecuali la keluar bertugas. Tapi malam ni cheq bawak bodyguard kecik.merangkap beg tangan cheq yang berharga.  Dengan adanya budak kecik ni, ada la alasan nak balik awal.

Tournament antara jabatan-jabatan yang ada dalam jabatan  besar cheq. Masing-masing dengan baju pasukan. Cheq mestilah sokong team CID. Last minit bertukar player kerana ada tugas yang lebih penting.

Tak lama cheq duk dalam tu sebabnya baby Damia dah panas kaki. Habis semua tempat dia jelajah. Risau lak dia pergi berlari atas lane. Untuk keselamatan, kami langkah kaki senyap-senyap dan balik. Padahal sikit jam lagi nak habis games dah. 

Alhamdulillah team kitaorang dapat nombor 5, walaupun banyak bola ke longkang. Tangan masing-masing time kecik dulu tak bedung, jadi gitu la. Sebenarnya bagus jugak bos kita buat gini, dapat merapatkan sillaturahim antara jabatan-jabatan yang mana sebelum ni pakat-pakat sibuk. Jugak dapat la kitaorang release tension.

Team CID
Suasana dalam pusat bowling KB Mall

Pom-pom girl

Giveaway By Gobokita : Aksara Biru

TAMAT !!!

Mencuba nasib di minit-minit kecemasan



Hadiah GA Dah Sampai..

Petang semalam masuk ofis, tengok ada 2 parcel atas meja..
Terus senyum suka sebab dah tahu dari mana datangnya parcel tu...
Budak-budak ofis dah marah, pesan jangan beli barangan online..
Ikut suka hati kita la, duit kita nak beli apa pun.!!!!
Acah jer, sebenarnya tak marah pun diaorang tu.
Diaorang tu sayang kat cheq sebab tu diaorang tegur..
Bila bagitahu dapat hadiah, sibuk plak nak tengok sama...hehehe
Cukup dah melalut..


Hadiah pertama datang dari Birthday Giveaway By Shad. Sepatutnya besday dia, kita yang bagi hadiah, tapi ni terbalik plak. Dapat sepasang blouse dari sponsor Rexylla. Sesuai sangat saiz tu dengan cheq. Terima kasih yer


Hadiah ke dua datang dari Birthday Giveaway By Eshazara. Dapat herbal Blend multi-purpose cream keluaran Shaklee. Banyak sangat kegunaannya. Terima kasih.


Terima kasih banyak-banyak dan hadiah-hadiah ni jadi penambah semangat nak join lagi banyak giveaway.

Segmen New Friendlist Cikgu Farha

TAMAT !!!


Cikgu Farha perlu memilih blog saya untuk direview kerana blog saya cantik dan comel dan cantik dan kemas dan senang loading dan pinkish..
Alahai, susahnya nak karang ayat puji blog sendiri. 
Secara jujurnya, blog saya tiada yang istimewa pun.
Hanya cerita kehidupan harian kami sekeluarga ja.
Saya pun masih baru dalam dunia blog ni. 
Blog saya jadi comel ni pun sebab orang lain yang tolong buatkan 
Kalau blog saya yang lama dulu, orang nak masuk pun pikir 2, 3 kali...
Hehehe...buruk sangat.
Sekian..

Perhubungan

Salam Jumaat.


Jaga perhubungan dengan Allah...
Insyallah, Allah akan jaga perhubungan kita sesama manusia.

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 10

Day 10 : 10 Random Facts About You

Last paper...
Last paper...
Lassstttt papeeerrr....

Alhamdulillah, dah sampai ke hari yang terakhir dan cabaran yang terakhir. Terima kasih diucapkan kepada CT Humairah yang menganjurkan challenge ni. Sesuai sangat dengan cheq yang jarang-jarang ada idea nak menulis ni. Cabaran terakhir adalah 10 fakta tentang diri cheq. Cheq bagi fakta yang baik-baik jer la yerr...

1. Peramah
Kalau tengok dari raut muka tu nampak macam sombong. Susah nak memulakan sesuatu perbualan tapi kalau dah start memang payah nak berhenti.

2. Keluar rumah
Macam saspen jer bunyinya. Pertama kali keluar rumah dan tinggal diasrama pada usia 18
kerana melanjutkan pelajaran. Lepas seminggu cheq terus demam.

3. Bawak kereta dan motor
Pertama kali bawak motorsikal pada usia 11 tahun dan belajar kereta pada usia 17 tahun  dengan guna kereta ayah yang besar gedabak jenis Volvo.

4.  Sukakan pantai
Suka lepak tepi pantai dan sanggup berpanas. Tapi tak suka laut sebab takut tengok air dalam hitam.

5. Suka aktiviti lasak
Time muda-muda dulu memang tak akan lepas peluang join aktiviti lasak. Sekarang ni paling lasak yang cheq buat pun, bawak kereta laju ja.

6. Seorang yang penggeli
Cukup geli dengan kawasan yang berair, kotor dan berlumut. Kalau boleh nak elakkan lalu di situ. Kalau terpaksa lalu jugak, akan tutup mata.

7. Pencinta makanan
Suka makan dan mencuba pelbagai makanan. Bak kata tak cerewet bab makanan ni.

8. Mudah sentap
Cepat terasa lebih-lebih lagi dengan orang tersayang. Baru jeling jer, orang kat sini dah merajuk...hehehe

9. Penyayang
Of course la sejak jadi seorang mama ni, hati mudah tersentuh kalau ada cerita-cerita bab baby kena buang, kena dera dan ditindas. Bukan setakat bayi, mana-mana orang ditindas pun cheq akan mengalir air mata.

10. Adik beradik
Cheq adalah anak keempat daripada enam adik-beradik. Dan lihat ( ♥♥♥ sini ♥♥♥) untuk mengetahui fakta anak ke 4. Tapi jangan percaya semuanya.

Selesai sudah cabaran bulan Oktober ni. Pasni jenuh la nak cari idea nak update blog. Syabas jugak diucapkan kepada semua yang berjaya menghabiskan cabaran ini. Well done.. !!!


Aiskrim Pulut.

Tengahari panas-panas ni dapat pekena aiskrim memang sedap. Nyaman ja rasa tekak kann... 
Nak beli aiskrim Magnum, rasa cam membazir je...
Sebabnya kat Kelantan ni ada lagi aiskrim yang lebih sedap. 

Ni la dia, aiskrim pulut.
Aiskrim ni diaorang buat sendiri, kiranya homemade aiskrim la..
Ingredients penting adalah aiskrim, pulut dan kepingan roti.
Ada extra topping lagi. 
Ada chocolate rice, kacang, jeli, jagung dan coklat.
Nak cari penjualnya mudah jer, diaorang gunakan motorsikal.
Dan berhenti statik kat sesuatu tempat ja.
Tak payah nak kejar-kejar.

Kalau kat restoren, toppingnya kita boleh pilih dan ambil sendiri.
Ada biskut roll, mashmallow dan macam-macam lagi la.
Kadang-kadang topping yang banyak dari aiskrim.
Kalau datang sini boleh la cuba.
Murah dan sedap..





Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

Assalamualaikum



29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com

First Giveaway By Cik Teratai



DUE DATE : 2 NOV 2014

1st Giveaway By Cik Puan Jelita



Mangsa ditag :-)

DUE DATE : 19 NOV 2014

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 9

Day 9 : 10 Things You Want To Do

Sebenarnya macam-macam nak buat cuma masa ja macam tak cukup. Tapi kekadang ada sikap M juga, menyebabkan kerja tu tertangguh dan makin menimbun-ninbum.


1. Kerja Ofis
Dah lama cuti, masuk ofis harini tengok banyaknya fail atas meja. Kena settlekan dulu sebelum dia beranak-pinak.


2. Tulis Diary
Wajib untuk kerja macam cheq ni. Tertangguh dah lama. Nasib baik ada backup dalam kalendar phone.



3. Shopping
Barang dapur dah habis, nak pergi beli barang dapur.


4. Masak
Nak masak makanan kegemaran cik husband dan anak-anak.


5. Beli Kek Aiskrim
Teringin nak makan lama dah. Nak kena pergi beli...hehehe, bukannya buat sendiri


6. Bercuti
Bercuti balik kampung, jumpa emak dan ayah. Rindu sangat dah kat depa.


7. Ke Playground
Sejak beranak 3 ni, jarang cheq bawak anak-anak ke playground. Tak mampu nak kawal. Kena tunggu abah diaorang jugak


8. Aktiviti Lasak
Kalau boleh nak buat semua aktiviti lasak macam mendaki gunung, absailing, flying fox, berakit... dah lama tak buat benda-benda gitu.


9. Menjahit
Nak habiskan jahit kain batik gara-gara mesin jahit rosak..hehehe


10. Tidur
Paling best kalau boleh buat nyenyak. Kalau ada anak-anak kompom takleh lena punya.

Tinggal sehari ja lagi...

Bertukar !!!!

Boring plak tengok muka sendiri kat pic profile tu.
Senyum macam kena paksa ja.
Apa lagi, cheq pun selongkar la galeri gambar nak tukar gambar tu.
Semuanya tak memuaskan hati..
Apala...muka sendiri pun kena kutuk dek empunya diri.
Tak bersyukur langsung...
Ngeeee...

Dah putus asa cari gambar, termain plak games anak-anak punya.
Sekali tengok gambar kartun tu macam comel ja.
Screen print dan crop, jadikan dia pic profile cheq.
Lebih kurang jer muka cheq dengan kartun tu.
Sama lawa, sama comel.
Tahap keperasaan yang tinggi mengalahkan klcc, ok.

Inilah gamesnya. Mekap untuk
pengantin baru

Ada 3 step semuanya. Bermula
dengam cuci muka, mekap dan
pakaikan aksesori.

Tak tahu la berapa lama plak boleh bertahan pic profile ni.
Pic profile sentiasa bertukar takpa, jangan template blog ni.
Boleh nangis kalau cheq yang tukarkan ..
Hancusss, musnahhh.

Mini Giveaway Tengkubutang Bersama Embun Beuty House

TAMAT !!!



Phewit ! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2015) - Season 2




Segmen : Pencarian Bloglist November 2014

 Selamat Bersegmen



DUE DATE  : 31 NOVEMBER 2014


Segmen Blogger Cergas Dan Santai

Jom join segmen yang cergas dan santai ni.



1. Lagu : All About the bass - tak tahulah kenapa bila dengar lagu ni jer mesti bergoyang-goyang dan ikut 
               menyanyi.
    Buku : buku undang-undang sebab bak periksa haritu
    Movie : Snake On The Plane - walaupun dah banyak kali tengok, nak jugak tengok. tapi sambil tutup                   mata, gelikan ular.

2. Blog adikku Aina Akmal - sebabnya suka tengok dia punya blog yang cantik-cantik dan sentiasa 
 berubah. Dikna juga tak kedekut ilmu selalu buatkan toturial. Jom terjah blog dia              nurainahanis.blogspot.com

3. Entry yang saya nak orang baca : maybe yang ni kut Follower Tak Diundang

DUE DATE : 1 NOV 2014


Short Giveaway By Effafarhana


Jom join bersama-sama.


                                                                      ( join sini )

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

TAMAT !!!

Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 8

Day 8 : 10 Dream Places You Want To Visit.


Haiii...bertemu kembali kita di rancangan cabaran di bulan Oktober. Cabarannya adalah tempat-tempat yang diidam-idamkan untuk dilawati. Sebenarnya dalam Malaysia pun tak semua tempat cheq pergi. Keutamaan cuti-cuti dalam Malaysia. Masalah besar dalam nak bercuti adalah kewangan dan kelulusan cuti. Macam kami suami isteri, bukannya senang-senang boleh keluar daerah, kena dapat kelulusan dulu walaupun nak bergerak sehari 2. Meh la tengok tempat-tempat yang cheq nak sangat pergi, kut-kut ada yang sama boleh la buat rombongan.


1. Pulau Langkawi
Last sekali pergi tahun 2002 kut, dah lama sangat dah. Padahal kalau balik kampung tu, seberang laut ja nak redah pergi pun. Mesti dah banyak perubahan. Insyaallah, tahun depan mungkin terlaksana sebab dah ada dalam perancangan keluarga besar cheq.


2. Legoland
Setiap kali balik kampung cik husband, si kakak akan minta nak pergi sini. Cuti dah la singkat, tak sempat nak pergi. Nak plak sekarang ni, KFC bagi kupon diskaun untuk legoland, lagi la beria-ia dia nak pergi.


3. Kidzania
Terletak di pusat membeli-belah The Curve. Sesuai sangat dengan anak-anak. Tempat pembelajaran sesuatu pekerjaan dan diaorang boleh merasa sendiri buat-buat kerja kat situ.


4. Genting Highland
Setiap kali lalu highway Karak akan nampak lampu berkedip-kedip kat atas bukit. Itulah Genting Highland. Dulu dah sampai kaki bukit dah, nyaris-nyaris sikit lagi nak naik, kena panggil balik bertugas.


5. Sabah dan Sarawak
Semua negeri dalam semenanjung Malaysia cheq dah jejak. Sabah dan Sarawak ja belum lagi. Teringin nak naik kapal terbang ke sana.


6. Jalan TAR
Kegilaan apakah ini..??? Tempat gini pun nak pergi. Best giler kalau shopping kat sini, nak pulak dekat musim raya. Terkenang zaman muda-muda dulu buat gila berjalan dari hujungke hujung.


7. Mekah
Setiap umat Islam mesti impikan nak pergi ke rumah Allah ni. Insyaallah semoga suatu hari nanti kita semua dapat rezeki untuk ke sana.


8. Disneyland
Semuanya untuk anak-anak. Mesti diaorang happy bila dapat berjumpa dengan watak-watak kartun kat sana.


9. Pulau Jeju, Korea
Gara-gara tengok Running Man la ni. Tapi memang superb cantik tempat ni. Nak pulak tiba musim bunga, boleh tengok bunga yang berwarna-warni macam hamparan karpet. Rasa macam nak berguling-guling ja kat situ.


10. Pulau Maldives
Pulau dengan air laut yang jernih, pasir pantai yang putih...wahhh, bestnya kalau dapat snorkeling melihat hidupan dalam laut.

Kesemuanya angan-angan, tapi tak mustahil suatu hari nanti dapat jejak kaki ke situ. Cuma, tengah mengumpul duit untuk ke tempat-tempat dalam Malaysia dulu. Nak tunjuk kat anak-anak betapa Malaysia pun ada tempat-tenpat yang menarik dan best setanding dengan negara luar. Cintailah Malaysia.


Oktober 10 Days Challenge By Siti Yang Menaip : Day 7

Day 7 : 10 Things To Do When You Are Bored

Hampir-hampir terlepas cabaran harini sebab leka berblogwalking. Itu pun tak sempat nak jengah semua blog. Selalunya cheq akan mengalami kebosanan kalau berada di rumah tanpa ada anak-anak. Rasa sunyi, kosong dan mula la timbul boring. Check it out tengok apa yang selalu cheq buat time boring..


1. Main Telepon
Ini selalunya kalau boring time meeting. Habis semua games yang ada dalam phone dimainnya. Lastnya, dengar telepon bunyi habis bateri.


2. Mengadap Laptop
Time takdak anak-anak la nak boleh mengadap laptop pun. Kalau tak berebut dengan diaorang.


3. Tengok Tv.
Sekarang ni asyik duk ulang tengok gambar Running Man. Tak pernah jemu.


4. Makan
Bila dah boring, mula la selongkar dapur. Kadang-kadang jajan untuk anak pun cheq bedal makan..


5. Memasak.
Bila dah boring, takdak benda nak makan, mula la nak memasak. Masak meggi pun jadi la.


6. Kemas Rumah
Boring mengadap benda yang sama setiap hari, mula la nak mengubah susun atur dalam rumah.


7. Keluar Jalan-jalan
Bila dah duk dalam rumah lama sangat, jadi boring. Anak-anak plak mula buat perangai. Maklum la rumah tingkat 4. Sekali turun ke bawah terus keluar jalan-jalan.


8. Tidur
Kadang-kadang bila dah terlampau boring. Nak buat apa-apa pun takdak mood, bantal la jawabnya. 

9-10
Ulang balik apa yang diatas sampai hilang boring...hehehehe

Sekian, terima kasih ♥♥♥♥♥