CARA NAK HILANGKAN MATA KETUMBIT


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Bangun pagi hari Rabu haritu, adik mengadu sakit mata. Cheq belek tengok ada benjol merah kat mata adik. Memang sah kena ketumbit. Dan-dan adik bagi alasan takmau pergi tadika.

Jadi, cheq pun google cari ubat yang cepat dan senang untuk ubatkan ketumbit kat mata adik ni. Dah jumpa dan sempatlah berubat sikit sebelum ke tadika.

Nak tau macamana cheq ubatkan ketumbit kat mata adik tu? Sebelum tu nak cerita sikit macamana ketumbit ni boleh tumbuh kat mata kita. Kalau dengaq kata orang-orang tua dulu, ketumbit tumbuh sebab mengendap orang lain berak. Macam tipu ja...

Sebenarnya ketumbit itu tumbuh disebabkan mata kita terkena jangkitan kuman. Bakteria mula membiak di akar bulu mata sebelum timbul satu benjolan kecil berwarna merah di tepi mata.

Jadi, cheq guna cara yang no. 1 ni untuk sembuhkan mata adik dari ketumbit, cepat dan senang. Selain tu ada macam-macam cara lagi nak menyembuhkan ketumbit ni.


1. Rendam kain dalam air suam  dan letak dekat mata.


Ambil tuala bersih, rendamkan dalam air suam dan tekap pada mata selama 10-15 minit. Cara ini untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata dan boleh mengurangkan rasa gatal serta mengecilkan benjolan itu.

2. Bawang putih

Potong bawang putih halus-halus. Sebelum tu kena bersihkan mata dengan air suam dan letak bawang pada ketumbit di mata. Kenapa bawang putih? Bawang putih mempunyai zat anti bakteria yang boleh menyembuhkan masalah mata ketumbit.

3. Daun sirih

Ambil beberapa helai daun sirih dan rebus sehingga mendidih. Bila dah siap mendidih, angkat daun sirih tersebut dan perah. Guna air perahan tadi untuk bersihkan mata yang ketumbit.

4. Antibiotik

Penggunaan antibiotik penting untuk merawat  dan letakkan ke dalam mata untuk menghapuskan kuman dan bakteria.

Alhamdullilah, mata adik pun dah sembuh sepenuhnya. Tak sempat ketumbit tu nak membesar.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

LAMPU BREK PENTING BAGI SETIAP KENDERAAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Lampu brek bertindak sebagai lampu amaran dan akan menyala apabila pemandu menekan brek. Sebaik saja lampu brek menyala, ia menandakan pemandu di hadapan sedang memperlahankan kenderaan atau hendak mengubah haluan ataupun berniat untuk berhenti.

Setiap pemandu hendaklah memastikan lampu brek kenderaannya berfungsi dengan baik. Bayangkan betapa sakitnya hati kita bila ikut kenderaan yang takdak lampu brek ni. Tak tahu bila masanya dia perlahankan kenderaannya. Tup-tup kita pulak yang tekan brek mengejut.



Lampu brek (termasuk lampu brek ketiga) yang tidak berfungsi boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 170/59 (Kaedah 26). Kesalahan ini boleh dikompaun maksimum RM300.
"Sayangi diri, ingat orang tersayang dan berhati-hati di jalan raya"

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~




BUKU CATATAN DAH PENUH


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Belum cukup setahun lagi, buku catatan cheq dah penuh. Buku ni la cheq catat untuk semua jenis mesyuarat. Pergi kursus pun bawak buku ni. Kadang-kadang kira hutang pun pakai buku ni jugak.
Paling banyak yang ada dalam buku ni adalah lukisan. Mana taknya time bermesyuarat, rasa boring ja, mulalah conteng dan lukis macam-macam. Ada jugak tulis maki-hamun orang dalam tu.\


Buku pink tulah buku catatan baru cheq.


Sejak mula kerja, semua buku catatan cheq simpan. Untuk rujukan di masa depan. Buku catatan cheq pun simple ja, takdaklah berkulit-kulit keras siap dengan kata kunci lagi nak bukanya. Hanya buku nota biasa ja. 

Kalau masa bujang dulu, penuh jugaklah tulis nama admirer. Tettttt..... sekarang ni nama anak-anak ja yang rajin cheq tulis.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~